Here In My Home - Malaysian Artistes For Unity

Wednesday 28 August 2013

Satu Lagi Persatuan Mandhailing Ke Ni?

Ada berapa banyak agaknya persatuan orang aku ni tapi aku bangga gak tengok cerita suku-sakat kampung aku ni keluar paper.

Sambutan Raya masyarakat Mandailing di Chemor Ahad ini

 
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Persatuan Halak Mandailing Malaysia, (Mandailing Malaysia) akan mengadakan majlis sambutan Hari Raya 2013 di Kampung Batu 9, Chemor, Perak, Ahad ini dengan diserikan acara kebudayaan serta masakan tradisi kaum itu, termasuk gulai ubi tumbuk.

Timbalan Presiden persatuan itu, Rosli Nasution berkata, acara yang akan bermula dari 12.30 tengah hari hingga 4.30 petang bakal diserikan dengan persembahan tarian tor-tor dan gendang sembilan oleh anak-anak Mandailing dari Gombak, Selangor.

Kumpulan kebudayaan itu yang ditubuhkan tahun lepas bertujuan melestarikan budaya Mandailing memandangkan kini terdapat 500,000 kaum Mandailing di negara ini, kata Rosli yang juga pengerusi bersama jawatankuasa penganjuran majlis dalam kenyataan di sini hari ini.Majlis itu, katanya, diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Chemor.

Rosli berkata, usaha persatuan itu mengadakan majlis Aidilfitri di beberapa negeri sebelum ini antaranya di Kampung Kerangai, Jelebu, Negeri Sembilan dan Gombak, Selangor serta di Perak, Ahad ini bertujuan merapatkan lagi hubungan antara kaum itu selaras dengan cogan Padomu Na Marotak, Palagut Na Marserakyang bermaksud mempertemukan yang berpecah, menghimpun yang terpisah.

Beliau berkata, Chemor yang merupakan antara kampung tertua kaum itu di negara ini, merupakan juga tempat lahir ramai tokoh Mandailing di negara ini antaranya Allahyarham Aminuddin Baki pejuang pendidikan, Allahyarham Amir Hamzah Shamsuddin atau Malungun, pejuang bahasa, penulis dan wartawan, Allahyarham Abdul Wahab Abdullah yang juga pemberita akhbar tempatan sekitar tahun 1930-an sebelum dilantik menjadi majistret.

Selain itu, ia juga nostalgia bagi sebuah keluarga iaitu Tan Sri Daiman Jamaluddin bekas Ketua Pengarah Kastam (1972-1976) yang baru-baru ini dianugerahkan sebagai Tokoh Kastam 2013 serta abangnya Waad Jamaluddin yang merupakan pengurus besar Keretapi Tanah Melayu, dari 1967 hingga 1971.

Rosli berkata, dalam bidang ketenteraan pula, bekas Panglima Tentera Laut Allahyarham Laksamana Madya Datuk Mohd Zain Mohd Salleh dan bekas ketua skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia Abdul Jalil Shamsuddin, yang maut dalam nahas helikopter Nuri di Bintulu, Sarawak pada 1969, juga anak kelahiran kampung ini.

Beliau berkata, kampung tersebut juga merupakan tempat bermain Allahyarham Tun Adam Malik, bekas Naib Presiden Indonesia semasa kecilnya kerana ibunya, Siti Salamah Deto merupakan anak Chemor.

"Walaupun menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan Indonesia, Adam setiap kali datang ke Malaysia kerana tugas akan mencuri masa untuk menziarah kaum keluarganya di kampung ini," katanya.
Rosli berkata inisiatif sebegini selaras dengan usaha persatuan yang bukan sahaja berperanan merapatkan hubungan silaturahim kaum itu di negara ini, malah giat melestarikan budaya serta sejarah kaum Mandailing kepada generasi muda. - BERNAMA

Sunday 18 August 2013

Kibarkannya Tinggi-tinggi !

Fahami dan dalami maksudnya!